KEUSAHAWANAN 1
Usahawan Make Up & Henna
Nama |
:Siti Norbaya Binti Abd Aziz |
Umur |
: 37 Tahun |
Ahli |
: 2015 |
Latar belakang
Beliau merupakan seorang penjawat awam yang sangat meminati bidang kecantikkan iaitu solekan pengantin dan melukis inai. Kerja sampingan ini merupakan salah satu hobi beliau dan untuk menambahkan lagi pendapatan keluarga. Pada awalnya, servis ini hanya dijalankan secara kecil-kecilan, tetapi diatas permintaan ramai, Norbaya mula aktif dalam bidang ini dan semakin dikenali ramai. Selain itu, dia juga berbakat dalam melukis inai. Norbaya sentiasa ke Pusat Internet Kg Perik untuk urusan kerja dan mempromosi servis yang disediakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan Pusat Internet Kg Perik, tahap ICT dan asas berniaga beliau adalah kosong. Tujuan beliau datang ke Pusat Internet Kg Perik untuk mempelajari cara mempromosi perniagaan yang beliau jalankan. Selain itu, Norbaya ke sini juga untuk menambahkan lagi kemahiran beliau dalam bidang solekan dan melukis inai.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini, selepas penglibatan Norbaya dengan Pusat Internet Kg.Perik, beliau menjadikan internet sebagai platform untuk memasarkan mengenai perkhidmatannya. Sekarang,beliau banyak menggunakan internet untuk memajukan lagi perniagaan ini. Dengan cara ini, permintaan pelanggan semakin meningkat dan mereka percaya atas hasil kerja beliau. Norbaya sering mengunakan Facebook dan Instagram untuk mengiklankan mengenai perniagaannya
KEUSAHAWANAN 2
Usahawan Bahulu Kg Perik
Nama |
: Maheran Binti Zulkifli |
Umur |
: 30 Tahun |
Ahli |
: 2015 |
Latar belakang
Maheran merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau menjual kuih bahulu bersama suaminya dan perniagaan ini adalah sumber pendapatan keluarga beliau. Pada mulanya, perniagaan ini dijalankan secara kecil-kecilan, tetapi diatas permintaan ramai Maheran mula menghantar bahulu ke kedai runcit yang berdekatan. Beliau juga aktif dengan penglibatan di Pusat Internet Kg Perik secara tidak langsung membantu perniagaan kuih bahulu beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak menggunakan internet sebagai platform perniagaannya dan tidak tahu bagaimana untuk mempromosi secara online. Ramai yang tidak tahu mengenai perniagaan beliau dan keuntungan juga tidak memberangsangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas usahawan yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Internet, beliau dapat meluaskan lagi perniagaan dengan pemasaran secara online dan mempelajari teknik untuk menarik pelanggan. Dahulu beliau hanya mempromosi melalui mulut ke mulut tetapi sekarang setelah mempromosi secara online perniagaan bertambah maju dan permintaan semakin meningkat.
KISAH KEJAYAAN CELIK IT
Nama |
:Muhammad Zafrul Adam Bin Hamimi Iskandar |
Umur |
: 9 Tahun |
Ahli |
: 2014 |
Latar belakang
Zafrul merupakan seorang pelajar yang berumur 9 tahun bersekolah di SK Perik. Dia merupakan seorang ahli yang aktif di Pusat Internet Kg.Perik dan sering melibatkan diri dalam kelas-kelas ICT yang diadakan. Selain itu, dia juga sering ke Pusat Internet Kg Perik untuk menyiapkan kerja sekolah bersama rakan-rakannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, pengetahuan Zafrul mengenai komputer hanya asas dan tidak tahu menggunakan komputer dan aplikasi dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Zafrul sangat aktif ddalam melibatkan diri di dalam kelas-kelas ICT yang terdapat di Pusat Internet Kg Perik seperti kelas Microsoft Word dan sering menggunakannya untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru. Zafrul tidak perlu menulis tetapi dia hanya menaip untuk membuat kerja sekolah seperti folio Sejarah dengan kemas.