MY KAMPUNG MY FUTURE (MKMF) Kg Perik, Kuala Nerang, Kedah.
Matlamat : meningkatkan penglibatan golongan belia luar bandar dalam aktiviti ekonomi yang mampu menjana pendapatan dan ekonomi negara. Bagi merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan, Kerajaan telah memperkenalkan Program My Kampung My Future (MKMF) – Kampung Ku Masa Depan Ku dengan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategy 6 (NBOS6) di bawah skop Transfor…masi Komuniti dan melibatkan pelbagai jabatan/ agensi kerajaan.
Pertanian yang terlibat seperti:
1) Jagung
2) Madu Kelulut
3) Sos Cili
4) Agro Bazar (Buah-Buahan)
5) Getah
6) Kerepek Pisang
Oleh itu, Kg Perik dipilih sebagai salah satu program tersebut kerana berdasarkan beberapa kriteria yang perlu ada termasuklah kemudahan infrastruktur yang cukup, mempunyai sumber tanah dan aktiviti ekonomi dan pertanian yang berpotensi dikembangkan serta komposisi belia yang sangat aktif.