| Tarikh | : 06 September 2025 (Sabtu) |
| Masa | : 10.00 pagi hingga 4.00 petang |
| Lokasi | : NADI Kampung Perik |
| Peserta | : Komuniti Kampung Perik dan sekitar |
Tujuan
Bagi memperkukuh semangat patriotisme dalam kalangan komuniti, satu Program Khas Merdeka@NADI telah diadakan di kawasan komuniti. Program ini bertujuan untuk menghayati erti kemerdekaan di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara NADI dan komuniti setempat.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang program ini, antaranya pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, puzzle online merdeka, MAHIR memasak pulut kuning merdeka, kuiz merdeka, kelas kesedaran E-Sports dan lain-lain lagi.