1) Demam denggi
- Salah satu penyakit berbahaya ialah demam denggi. Penyakit ini boleh membawa maut.
- Penyakit demam denggi boleh menyerang semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak yang berumur di bawah 15 tahun.
2) Punca menyebabkan berlakunya demam denggi
- Penyakit ini disebabkan oleh sejenis ‘virus’ yang boleh berjangkit.
- Apabila seseorang digigit oleh nyamuk aedes yang membawa ‘virus’ tersebut, seseorang itu akan dijangkiti penyakit demam denggi.
3) Tanda-tanda demam denggi
- Demam yang kuat serta mengejut dan berterusan.
- Timbul ruam merah pada kulit.
- Sakit teruk pada bahagian tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala.
- Kehilangan selera makan.
- Muntah-muntah.
- Sakit perut.
- Berlaku pendarahan pada badan, hidung dan mulut.
4) Rupa nyamuk aedes
- Nyamuk aedes mempunyai belang hitam putih pada kakinya.
- Nyamuk ini biasanya menggigit pada waktu siang dan senja.
5) Cara pembiakan nyamuk aedes
- Nyamuk aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung.
- Nyamuk ini boleh membiak dalam takungan air pada pasu bunga, tayar buruk, kolam, dan lain-lain bekas simpanan air.
6) Cara mencegah dan mengatasi pembiakan nyamuk aedes
- Berhati-hatilah kerana nyamuk ini mungkin juga membiak di halaman rumah kita sendiri.
- Pastikan persekitaran rumah adalah bersih. Jangan biarkan sampah sarap seperti botol, tin, plastik dan lain-lain terdedah begitu sahaja.
- Selain itu, pastikan longkang di kawasan rumah tidak tersumbat. Longkang, saluran air, dan parit yang tersumbat boleh mengakibatkan nyamuk aedes membiak.